Risiko pulang ke kampung
Tuan2 dan puan2,
Tahukah anda bahawa perbuatan pulang ke kampung boleh mendatangkan risiko bahaya pertambahan berat badan?
Sebabnya:
1. Bila berada di kg, mak akan masak sedap-sedap (sebenarnya masak biasa jer) tapi masakan mak tetap jadi yang paling sedap
2. Bila berada di kg. akan selalu ada kudapan (snek), dan akan kerap berulang alik ke peti sejuk. Makan dalam sela masa setiap sejam
3. Bila berada di kg. saya akan pegi rumah sedara mara ie. kak idah maka akan makan lagi dengan banyaknya
4. Bila berada di kg, saya akan habiskan bekal berkat yang dibawa oleh mak/ayah selepas kenduri
5. Bila berada di kg, saya tidak meneruskan rutin aktif seperti bersenam, bangun awal, masuk tidur awal sebaliknya akan miliki waktu tidur yang panjang dan mengadap t.v sepanjang hari
6. Bila berada di kg, harga barangan seperti makanan adalah teramat murah!
7. Bila berada di kg satu ketika dulu (ni kes terpencil – berlaku sekali), saya telah makan gulai ikan/ masakan berkuah dan telah mengalami tersangkut tulang ikan di tekak. Maka saya telah menelan banyak kepalan nasi, juga lontong, kuih bahulu, kek coklat, aiskrim, pisang dan pelbagai makanan supaya tulang ikan dapat dihilangkan secara semulajadi. Malangnya apabila balik KL semula tulang ikan masih ada dan tekak saya telah cedera.
Justeru, saya membuat kesimpulan bahawa saya mendapat faedah tinggal jauh di KL kerana dapat mengelak pengambilan makanan berlebihan.
Namun begitu saya tetap suka balik kg.
p.s habis rancangan nak balik kg bulan ni, 3 hujung minggu berturut-turut kena kerja.











