hari menjadi sejarah bila kereta yang aku bawak naik platform tepi kat parking bay Natural History Museum, Putrajaya.

Kami ada exercise install firewall +VPN Client kat museum2 so hari ni turn putrajaya. Dah la lambat disebabkan termasuk tol Sg Ramal yang ekor kenderaan jam hampir mencecah kawasan tol. Terpaksa U-Turn dan lalu jalan jauh utk sampai Presinct Diplomatik. Dah sampai lokasi yang dituju dengan tak pakai spek bawak keta aku pun masuk parking bay yang agak gelap (lebih-lebih lagi cuaca luar tadi terang mata pun berpinar), dlm keadaan tu tetiba badan keta sebelah depan kanan ternaik kat platform. Adusss…

Dah 3 kali rasanya datang macam mana boleh tak perasan platform tepi ni! Bila keta dah selamat park aku pun turun tengok tayar and bawah keta takut ada leak sebab bunyi kuat bahagian bawah keta mungkin cecah paltform tu skit. Alhamdulillah ok.

Try call member nak check diorang dh sampai belum, tapi keluar recording suara kata akaun aku dinyahaktifkan kerana melebihi had kredit etc. Dah la belum breakfast apa2 memang perosak mood betul. Abis jerr aktiviti trus chow gi Maxis Alamanda bayar utang. Rupanya pelan aku mmg RM50 tapi ada bulan2 penggunaan taliannya lebih Rm50. Aku plak bayar jer ikut suka RM50 lah kadang Rm70 thru M2u tanpa pedulik bil yang diorang hantar via email. Maka baki semua extra hours itu telah tertunggak melebihi 3 bulan. lerrr….

Berita tak baik firewall cum dns cum open vpn server down. Bala betul. Esok kena rescue pulak dgn bantuan vendor. Walau bagaimanapun hati ku bernyanyi esok dapat belajar disaster recovery.

err tajuk tak sama dgn cerita plak entry kali ni..