Hari ni kali kedua aku menolak untuk memberikan duit kepada seorang pengemis tua. Beberapa minggu lalu aku pernah menghulurkan sedikit wang kepadanya. Bahkan aku pernah jumpa dia di kedai lain meminta sedekah juga. Pengemis tua ini tidak akan berkata apa-apa, cukup dengan menggoncangkan bekas plastik ke muka sasarannya. Kelihatan wang kertas dipegang bersama bekas plastik [...]
Hari ni kali kedua aku menolak untuk memberikan duit kepada seorang pengemis tua. Beberapa minggu lalu aku pernah menghulurkan sedikit wang kepadanya. Bahkan aku pernah jumpa dia di kedai lain meminta sedekah juga. Pengemis tua ini tidak akan berkata apa-apa, cukup dengan menggoncangkan bekas plastik ke muka sasarannya. Kelihatan wang kertas dipegang bersama bekas plastik tersebut. Duit syiling pula dibiarkan di dalam bekas tersebut. Perlakuannya yang sentiasa mengasingkan duit kertas menunjukkan dia tahu menilai duit. Bayangkan tatkala tangan ni nak menyuap nasi ke mulut ada orang berdiri di sebelah kita sambil menghulurkan bekas duit. Rasa macam kena ugut pun ada. Tindak-tanduknya mencurigakan kerana aku pasti ada sindiket disebalik kehadirannya di sini. Dengan baju tidak berbutang, rambut panjang mengurai, janggut dan kumis panjang lengkap dengan bertongkat, dia sanggup masuk-keluar kedai meminta kepada semua orang di meja makan.
Ada seorang peminta sedekah yang kakinya kudung di kawasan sini yang pernah berkali-kali aku lihat meminta wang dengan menunjukkan surat untuk mengumpul duit untuk pembiayaan kaki palsunya. Jauh juga kawasan liputan meminta sedekahnya hingga ke beberapa seksyen di daerah yg tak berapa besarnya ni. Dah bertahun minta sumbangan untuk kaki palsu takkan laa masih tak cukup lagi.
Kat kawasan Bukit Bintang-Sg. Wang aku pernah tengok budak duduk di kaki lima yang seakan-akan pelarian Rohingnya (betul ke eja ni?) yang secara tak sengaja mendedahkan wang ringgit bergumpal-gumpal semasa dia bermain-main bekas isi duit tersebut. Gumpalan duit tu tercampak keluar dari poket bajunya semasa dia melambung-lambungkan bekas duit. Lepas mengutip duit tu kembali, cepat-cepat dia menyembunyikannya supaya tak dilihat orang.
Adakah dengan aku menghulurkan Rm1.00 ataupun 5 posen dapat mengubah hidup diorang ni. Takkan aku nak berceramah depan diorang. Kang kalau aku panggilkan polis/PBT untuk clearkan kawasan tu kan naya plak.
Dulu aku penah tgk ada brader ceramah kat sorang budak perempuan yang jual kalendar kat stesen minyak. Atas nama jual kalendar untuk pembiayaan sekolah, anak-anak ini dihantar ke tempat-tempat awam sepanjang hari seperti depan bank (biasanya bank yg buat perbankan islam), stesen minyak, dan food court. Waktu tu kira-kira jam 8.00 malam. Kesian aku tgk budak tu, padahal aku percaya dia cuma digunakan sekolah/institusi (tak perlu sebut nama la semua orang tau). Musim cuti skolah pun diorang kena jual kalendar. Cuba bayangkan jika kita sewaktu kecil disuruh jual kalendar pastu kena halau/jerkah dek orang. Nasib tak baik kena ceramah plak tu.
Aku kira pendapatan daripada meminta sedekah ni cukup lumayan sehingga ramai yang ambil jalan singkat menceburkan diri secara sepenuh masa.
Dalam Islam aku percaya golongan yang memerlukan dapat dibantu menerusi pemberian sedekah (yang kena pada tempatnya) dan institusi zakat manakala pihak kerajaan pulak ada Jabatan Kebajikan Masyarakat dll.
Dari laman web Darussyifa’ Online
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Dulu aku pernah dalam keadaan meminta-meminta juga. Masa tu takde pekerjaan, pergi menhantar resume ke merata tempat, teringat pernah diceramahkan oleh satu pusat tiusyen ni kononnya aku tak berapa layak mengajar budak-budak kerana tenaga pengajar kat situ semuanya guru pakar yang buat soalan exam dan parents expect straight A’s dari anak2 diorang bila masuk pusat tiusyen ni. Tu belum kira aku buat freelance job. Sampai skrg ni pun masih ada yg hutang lagi.
Minta kerja bukan seperti minta sedekah tapi perasaanya ketika itu adalah aku berada di pihak yang tiada apa-apa minta diberi peluang bekerja untuk meraih pendapatan. Memang rezeki masing-masing tapi itu tidak memberikan hak untuk kita menghalau atau menghina orang lain.
Alhamdulillah kadang-kadang kalau ada duit lebih, duit tu dpt disedekah kepada orang yang benar-benar memerlukan.
Happy sundays…
Berada di Labuan dr 11-14 jan 2010. Tujuan: ada byk tapi hal kerja laaa, antaranya information collection and documentation on networking infrastructure requirements, contact local TM and revise and follow up on current Internet Accounts, enable basic networking: switch installation and ethernet configuration, reconfigure broadband modem, enable VPN connection to HQ, test and deploy [...]
Berada di Labuan dr 11-14 jan 2010. Tujuan: ada byk tapi hal kerja laaa, antaranya information collection and documentation on networking infrastructure requirements, contact local TM and revise and follow up on current Internet Accounts, enable basic networking: switch installation and ethernet configuration, reconfigure broadband modem, enable VPN connection to HQ, test and deploy HRMIS and SPA connection. Phew a boring job to some. Did all the above at 4 locations in about 3 days. Balik bilik hotel around 9.00pm aku dh keletihan. Malaysia Timur get sunlight 1 hour before KL. So my body clock still not adjusted to the time difference.
Total baggage masa pegi 29kg (equipment jer total around RM7K worth), tak termasuk carry-luggage.
dikenali sebagai Mutiara Borneo (pearl of borneo) labuan terletak dibawah pentadbiran kerajaan persekutuan. Perkara yang menarik ttg labuan yang sempat ditemukan:
- 2 flights to labuan daily for both AirAsia and MAS
- boleh juga naik feri ke labuan, kalau mau bawa kereta dr tanah besar
- ada UMS cawangan Labuan
- hakisan pantai agak teruk juga dibeberapa kawasan di labuan, sepuluh tahun lagi mungkin ada certain kawasan yang akan jadi laut kalau tak dibina pemecah ombak, dan ditambak dgn konkrit
- penduduk tempatan terdiri drpd pelbagai etnik, ada yg dtg dr swak and sabah, spt kedayan, melayu brunei, cina dan india
- ramai pendatang tanpa izin di Labuan
- kg air ada di sini, lebih dari 1
- ramai orang kerja offshore spt oil dan gas and perkapalan
- Labuan slalu takde air, orang labuan salahkan petronas plant yang guna byk air hehehe
- waktu malam, angin yang menderu2 berbunyi macam siulan… hebat!
- newspapers are always late. My hotel subscribes Borneo Post. We only get our newspaper when we reached back from work. They said newspaper arrive from mainland around 11.am using the morning flight from KK
- Kalau di Labuan mesti cuba hidangan ketam, udang, dan chicken wing (tempat tak ingat, kena tanya driver semula)
- soto di labuan adalah seakan-akan meehon sup dan ada dipotongkan limau nipis
- teh madras popular di labuan
- arak boleh didapati di kafetaria hotel dan tidak diasingkan macam di semenanjung
- museums are labuan’s important landmarks (chimney, marine and labuan museum)
- bus di labuan kontot-kontot
- tiada panggung wayang, yang terakhir adalah Lido (zaman filem Sembilu dulu)
- labuan ada bowling alley yang pendek
- skrg musim tengkujuh di labuan
- siaran tv mengecewakan. orang labuan kebanyakkannya menggunakan Astro. tv1 takde, cuma terima RTB (brunei). Berita terkini adalah melalui internet.
- Celcom broadband ada liputan yang bagus.
- coklat murah (biasa laaa kan)
- flight petang LBU-KUL MAS adalah dpd KK.
Tq orang-orang Labuan for the wonderful experience especially our Labuan boss, and the trustee pilotman Bobby yang membawak kitaorng ke hulu ke hilir.
Next week Monday start outstation at Melaka and then straight to Kota Tinggi. Khamis baru balik KL. Nasib baik trip next week ni yang buat kerja 2 orang, tak macam Labuan aku sensorang…
Hujan outside, takleh merempit gi gym. baru ingat nak jimat.
Workout time
Well i’m back attending the usual fitness classes again. Well i think that’s a good sign of improving my commitment towards healty living.
I noticed my flexiblity has declined. I’m falling behind at the stretching department this year. Nevertheless, 2 weeks of 2010 made me feel confident that my routines is progressing.
Next week [...]
Workout time
Well i’m back attending the usual fitness classes again. Well i think that’s a good sign of improving my commitment towards healty living.
I noticed my flexiblity has declined. I’m falling behind at the stretching department this year. Nevertheless, 2 weeks of 2010 made me feel confident that my routines is progressing.
Next week will be flying off to Labuan till Thursday. Usually i’ll be excited to fly off somewhere but not this time. Scheduled for Johor the next coming week and will be missing class again. Oh bother.
Riding the magical train
yeah riding the train that is always late. some call it Keretapi Tak Tentu Masa.
It also turned nice people to orang-orang gasar (ala neanderthals) when it failed to arrived as expected.
Managed to pull off a 4 days straight discipline on ‘going to and back from’ the day job using the Komuter. It was a miracle I arrived on time – clocking in at 8.30am and arriving home around 7.pm
KTM improved their shuttle trips and i think i’ll be trying it again next time.
What I'm Doing...
- Terasa bertenaga selepas dapat surat tawaran universiti. 3 days ago
- Ikuti Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2012 secara langsung di http://t.co/ixk6daq2 3 days ago
- Hanizam, jgn lupa pickup I. (@ Istana Negara (National Palace)) http://t.co/wW9yIpN1 3 days ago
- Nak bercakap dengan Pemimpin pun perlu ada adab. http://t.co/Es49dqlg yang pasti High comm. Malaysia kena la pasni hahah. 4 days ago
- Pakaian yg seronok pakai baru tp org x nmpk adalah tuala, spender n stokin 1 week ago
- More updates...
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
Tags
2.2 6 thinking hats 2009 2010 advertisement aleenns blog ipod cable car cake celcom chain of command creativity edward de bono fitness floss IKWAS INTAN ipod touch jangan langgar belakang kemalangan jalan raya KPKK langkawi lateral managing stress mat chinchang maxis mdec media sosial mother's day msc mygosscon osconf pf public service red hat Sepi the movie sleep snow leopard Team Building thinking transformasi kerajaan travelogue updates wordpress xservefitness blog
Recent Comments
- saifulbahari on berhati-hati di jalan raya jangan langgar belakang
- Terkilan on berhati-hati di jalan raya jangan langgar belakang
- saifulbahari on About
- su on About
- eyena on berhati-hati di jalan raya jangan langgar belakang
Archives
- May 2012
- July 2011
- June 2011
- April 2011
- March 2011
- January 2011
- December 2010
- November 2010
- October 2010
- September 2010
- July 2010
- June 2010
- May 2010
- March 2010
- January 2010
- December 2009
- November 2009
- October 2009
- September 2009
- August 2009
- July 2009
- June 2009
- May 2009
- March 2009
- January 2009
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008


















