Kata-kata seorang ustaz semasa kuliah maghrib semalam mengukuhkan pendirian saya terhadap pergerakan BERSIH yang mencanangkan untuk menganjur demonstrasi besar-besaran bulan hadapan.

Perbahasan beliau mudah, dengan mengambil contoh penghayatan doa qunut dan surah al-fatihah.

“Sesungguhnya, tidak dihina orang yang taat kepada Engkau”.

“Tunjukkan kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang dikurniakan nikmat, bukan jalan orang yang engkau murkai dan orang yang sesat”.

Pesan ustaz, semak dahulu diri kita kerana setiap hari dalam solat kita memohon untuk mendapat petunjuk dan juga dikurniakan jalan yang lurus. Sebahagian daripada maksud jalan yang lurus adalah dengan dilantik penguasa/pemimpin yang adil, yang takut dan kenal Allah, dan mengasihani orang yang dipimpin.

Jika pemimpin yang diberikan kuasa oleh Allah menerusi pilihanraya ini menzalimi rayat, maka bukan jalan yang tepat untuk orang muslim yg beriman menghadiri demonstrasi besar-besaran yang lebih banyak memberi mudarat.

Pesan beliau, perbetul diri; tingkatkan ketaatan, kerana kita tidak mahu tergolong dlm golongan org yang dihina (ditindas, dipandang rendah). Mungkin kerana nilai ketaatan kita kepada Allah yang amat rendah, mungkin sebab itu berlaku penindasan oleh pemimpin yang zalim.

Saya tidak sokong BERSIH. Saya juga tidak mahu KOTOR.

Masih terngiang-ngiang doa beliau di akhir kuliah yang diaminkan bersama oleh para jemaah, maksudnya lebih kurang begini:

Kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat, dan berilah kekuatan kepada kami untuk memanfaatkan ilmu itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tagged with:
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>