Di usia sekarang, rehat yang saya paling nikmati adalah tidur. Mudah dan Murah. Tidur saya biasanya jam 1.30 petang dan juga tidur waktu malam.
Rupa-rupanya:
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia [...]
Di usia sekarang, rehat yang saya paling nikmati adalah tidur. Mudah dan Murah. Tidur saya biasanya jam 1.30 petang dan juga tidur waktu malam.
Rupa-rupanya:
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). – Az Zumar 42.
Oh ya, jika anda mencari perisian Terjemahan Al-Quran Open Source boleh lah gunakan Zekr. http://zekr.org
Kira-kira seminggu yang lalu, kami sekeluarga kehilangan ahli keluarga yang amat rapat. Sepupu aku meninggal dunia. Kak Anah, pergi meninggalkan kami setelah diuji Allah dengan sakit yang berpanjangan. Beliau meninggalkan suami, 3 orang anak dan seorang cucu. Semoga Allah mencucuri roh beliau.
Sebelum balik semula ke sini, mak ada menyebut ” dah takde dah Kak [...]
Kira-kira seminggu yang lalu, kami sekeluarga kehilangan ahli keluarga yang amat rapat. Sepupu aku meninggal dunia. Kak Anah, pergi meninggalkan kami setelah diuji Allah dengan sakit yang berpanjangan. Beliau meninggalkan suami, 3 orang anak dan seorang cucu. Semoga Allah mencucuri roh beliau.
Sebelum balik semula ke sini, mak ada menyebut ” dah takde dah Kak Anah, nanti kita semua jumpa lagi kat akhirat”. Hari balik, nampak ayah menangis kat kerusi bahagian tengah rumah. Tak berani nak tanya kerana apa pun jawapan ayah, mesti aku ikut nangis jugak.
Itulah hakikatnya, apabila sepasang insan bertemu, berkahwin, masing-masing mengharapkan perkahwinan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apabila salah seorang dah takde, harapannya adalah bertemu lagi di Akhirat pula. Insya Allah di Syurga Allah. Macam cerita Gurindam Jiwa, Liriknya “nantikan saya dipintu syurga”. Sementara itu, si suami/isteri yang masih hidup akan mendoakan pasangannya yang telah pergi bertemu Allah dahulu.
Teringat mutiara kata, perasaan paling gembira adalah apabila bertemu semula barang/hak milik yang telah hilang. Kegembiraan itu mengatasi memperoleh sesuatu yang baru ganti kepada yang hilang.
Berbeza jika berpisah bukan kerana Allah, tiada redha di hati kedua-dua insan, seperti bergaduh lalu berpisah. Apalah nak diharapkan jika berlaku, barangkali tiada doa kebahagiaan dan keselamatan yang dikirimkan.
Entri ini bukan nak mengajak orang bersedih, sebab aku pun dah cukup sedih. Cukuplah sekadar untuk mengingatkan bahwa sebaik-baik pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah.
Teringat dahulu semasa bersekolah agama (di johor semua orang bersekolah agama selain hadir ke sekolah kebangsaan), ada aktiviti perujian tilawah al-alquran disertai dengan perujian berzanji, hafazan, dan tafsir.
Dalam tafsir, surah kegemaran peserta adalah surah al-asr, dengan peringatan 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Berakhir tahun masihi 2010, esok adalah 2011.
Mimbar Khutbah Jumaat di [...]
Teringat dahulu semasa bersekolah agama (di johor semua orang bersekolah agama selain hadir ke sekolah kebangsaan), ada aktiviti perujian tilawah al-alquran disertai dengan perujian berzanji, hafazan, dan tafsir.
Dalam tafsir, surah kegemaran peserta adalah surah al-asr, dengan peringatan 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Berakhir tahun masihi 2010, esok adalah 2011.
Mimbar Khutbah Jumaat di sini tadi menegur sambutan ambang tahun baru.
Insya Allah saya duduk di rumah sahaja malam ini.
Esok harus ke pejabat. Sistem di perluaskan ke lokasi baru. Atas dasar tanggungjawab nampaknya kena memantau perlaksanaan.
Kadangkala sewaktu menjalankan amanah ini, timbul rasa keseorangan dan lemah kerana tiada penolong dan tempat mengadu. Berkhidmat di bahagian ‘easy-target’, mengajar diri ini ikhlas dan yakin bahawa Allahlah sebaik-baik penolong.
Mula cuti rehat
Esok akan mula cuti rehat, setelah menghadapi tekanan bulan November-Disember yang hebat. Perancangan perjalanan jauh bersama keluarga tidak dapat dibuat tahun ini. Yang ada hanya berehat di kampung @ Bukit Masjid.
Semalam, walaupun telah berazam tidak mau keluar masuk bilik sejuk itu selalu, tetapi terpaksa juga keluar masuk selepas salah satu mesin [...]
Mula cuti rehat
Esok akan mula cuti rehat, setelah menghadapi tekanan bulan November-Disember yang hebat. Perancangan perjalanan jauh bersama keluarga tidak dapat dibuat tahun ini. Yang ada hanya berehat di kampung @ Bukit Masjid.
Semalam, walaupun telah berazam tidak mau keluar masuk bilik sejuk itu selalu, tetapi terpaksa juga keluar masuk selepas salah satu mesin rosak. Restoration ke server baru berjalan sehingga 7mlm, disambung lagi di rumah secara remote access sehingga jam 11mlm.
Banyak kerja bang?
20mbps intenet line upgrade, Domain Controller upgrade, virtualization DNS n proxy, Firewall replacement, lawatan sipakar data center, tape library failure, bare metal restore website, database restore.
Latihan?
Semua on-the-job training. Saya pegi kolej maka training banyak-banyak tak penting. Anggap shj semua boleh self study. Buku, intenet dan vendor bak perunding propesyenal lah teman ikhtiar hidup.
Competency Training dan Certification? Hanya untuk orang takde pencen. Anda Dewa Networking? Guru Sekuriti? Level anda sama dengan semut pekerja.
ITIL? COBIT? Sy pernah dengar tapi itu kerja bagi yang pakai nombor dahi >=48. Selagi belum langkah garis itu jangan baca.
Best practice? guidelines? oh itu cakap2 orang tinggi-tinggi. Kami asal boleh buat sahaja (mcm slogan Just Do It-Nike). Jangan sampai bilik sejuk itu marak dengan api, *net boleh diakses.
Sy baca howto’s, baca mailing list dan baca artikel di Wikipedia.
Sy juga baca CNN, Newsweek dan National Geographic supaya otak saya cerdas disamping baca ohbulan dan hmetro supaya saya tidak ketinggalan bila berborak dengan manusia bukan dari planet IT.
Pernah berlaku ada seorang tanya soalan provokasi begini:
“Jadi selama ini awak kerja tidak sungguh-sungguh?”
(mungkin dia lebih bersungguh-sungguh kerja dari orang lain)
Saya jawab:
Saya adalah instrumental terhadap survival division saya.
Sekarang saya nak rehat di Bukit Masjid.
Lewat petang Ahad, hati ini tergerak untuk menyelongkar Youtube mencari lagu Iwan Fals. Pertama kali diperkenalkan dengan karyanya oleh Denni Kurniawan teman kuliah di fakulti. Rasa sedikit kesal koleksi lagu-lagu beliau telah gagal saya selamatkan dalam Powerbook yang telah bersara.
Rangkap yg saya suka:
…
busyit (bullshit)
standing dan terbang
Lewat petang Ahad, hati ini tergerak untuk menyelongkar Youtube mencari lagu Iwan Fals. Pertama kali diperkenalkan dengan karyanya oleh Denni Kurniawan teman kuliah di fakulti. Rasa sedikit kesal koleksi lagu-lagu beliau telah gagal saya selamatkan dalam Powerbook yang telah bersara.
Rangkap yg saya suka:
…
busyit (bullshit)
standing dan terbang
Oemar Bakri
Pegawai Negeri
Oemar Bakri
40 tahun mengabdi
Oemar Bakri
Jadi Guru Jujur Berbakti
Memang Makan Hati
Oemar Bakri
Banyak Ciptakan Menteri
Oemar Bakri
Prof. , Dr. , Ir. Pun jadi
Oemar Bakri
Bikin otak orang seperti otak Habibie (B.J Habibie)
Tetapi mengapa gaji guru Oemar Bakri seperti dikembiri
Menurut Denni, gaji guru di Indonesia adalah kecil, sesuai dgn. jolokan bagai lilin membakar diri diberi kepada pendidik itu. Iwan Fals pantas menterjemahnya ke dalam lagu sindiran ini.
Lagu lain yg best: Tikus Kantor .
Lagu ttg tikus-tikus yang tetap kenyang, bila kuching datang, tikus menghilang. DALAM MAKSUDNYA.
What I'm Doing...
- Do we hv to put up don't pee here sign at ablution spot? My dad just told a non muslim 2 pee elsewhere. Happened at air keroh jejantas rnr 1 week ago
- Need hspa badly. Most website not working on EDGE. Want to use Online banking. 1 week ago
- Pegi pasar melayu bp cari songkok. Kedai Tukang jahit songkok tutup/dh x niaga. Terigt zaman kecik2 dgn family. 1 week ago
- thrown out at least 15 garbage bags today. expecting 3 more tomorrow . bila nak siap kemas ni. 2 weeks ago
- Ex-members of sa7, duit syiling sepah2 yg saya kutip dlm umah n baki duit tabung/jumpa umah saya salurkan ke surau atas nama kita semua. 2 weeks ago
- More updates...
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
Tags
2.2 6 thinking hats 2009 2010 advertisement aleenns blog ipod cable car cake celcom chain of command creativity edward de bono fitness floss IKWAS INTAN ipod touch jangan langgar belakang kemalangan jalan raya KPKK langkawi lateral managing stress mat chinchang maxis mdec media sosial mother's day msc mygosscon osconf pf public service red hat Sepi the movie sleep snow leopard Team Building thinking transformasi kerajaan travelogue updates wordpress xservefitness blog
Recent Comments
- shahira on Langkawi 3 hari 2 malam
- shy on berhati-hati di jalan raya jangan langgar belakang
- chef jemput jemput on Yang Mendengar Bisikan Jiwa
- saifulbahari on Yang Mendengar Bisikan Jiwa
- chef jemput jemput on Yang Mendengar Bisikan Jiwa
Archives
- July 2011
- June 2011
- April 2011
- March 2011
- January 2011
- December 2010
- November 2010
- October 2010
- September 2010
- July 2010
- June 2010
- May 2010
- March 2010
- January 2010
- December 2009
- November 2009
- October 2009
- September 2009
- August 2009
- July 2009
- June 2009
- May 2009
- March 2009
- January 2009
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008


















