Anda berumur 47, tidak secantik teman seusia, berperwatakan plain, tidak berkerjaya.
Tetapi anda berbakat, berkebolehan kerana mempunyai kekuatan yang tidak memiliki oleh orang lain.
Itu berlaku kepada Susan Boyle.
Saya masih tersentuh bila melihat persembahan beliau.
Peluang wujud bila beliau mendaftar untuk pertandingan itu namun pada pandangan pertama khalayak ramai telah [...]
Anda berumur 47, tidak secantik teman seusia, berperwatakan plain, tidak berkerjaya.
Tetapi anda berbakat, berkebolehan kerana mempunyai kekuatan yang tidak memiliki oleh orang lain.
Itu berlaku kepada Susan Boyle.
Saya masih tersentuh bila melihat persembahan beliau.
Peluang wujud bila beliau mendaftar untuk pertandingan itu namun pada pandangan pertama khalayak ramai telah menghukumnya.
Bila kita berkebolehan tiada orang boleh kata N.O apabila kebolehan itu (cthnya menyanyi) amat disanjung tinggi.
src: http://bluepanjeet.net/2009/04/18/4482/dreamed-dream-susan-boyle-mp3-lyrics-download/
Pulang dari seminar, minda saya terus memproses keghairahan pihak penganjur dan majoriti para hadirin terhadap media sosial selaku strategi baru bagi perantaraan yang lebih erat di antara kerajaan dan rakyat.
Kerajaan 2.0, atau jika tidak pun Kerajaan 1.5 (bak kata Saudara Azli Paat), itu yang terngiang-ngiang di telinga [...]
Pulang dari seminar, minda saya terus memproses keghairahan pihak penganjur dan majoriti para hadirin terhadap media sosial selaku strategi baru bagi perantaraan yang lebih erat di antara kerajaan dan rakyat.
Kerajaan 2.0, atau jika tidak pun Kerajaan 1.5 (bak kata Saudara Azli Paat), itu yang terngiang-ngiang di telinga saya.
Namun, nota akhir yang saya buat sebelum melangkah pulang adalah beberapa persoalan dan bayangan strategi komunikasi gaya baru jentera kerajaan melalui kementerian/jabatan/badan berkanun dsbnya yang perlu dirangka jika organisasi-organisasi ini memilih untuk menggunakan media sosial.
Entiti komersial, syarikat pengiklanan, media hiburan, badan NGO, tidak lupa juga parti politik telah lama menggunakan media sosial seperti Twitter, Blogspot, Youtube sebagai media komplimentari bagi mengukuhkan kewujudan (presence) mereka di kalangan rakyat. Media sosial memudahkan sebaran maklumat secara “people centered” dengan adanya pemberitahuan secara PUSH, on-demand, contohnya melalui RSS dan PodCast. Media sosial membolehkan sebaran maklumat berdasarkan konsep degrees of friends, friends-of-friends, circle-of-friends seumpama viral marketing yang amat sesuai dengan pola sosial manusia yang interconnected seperti sekarang.
Jika dibilang, terma Facebook mendahului daripada segi jumlah disebut oleh para speaker dan hadirin sepanjang seminar berbanding media sosial lain. Generasi baru aplikasi Media Sosial seperti Tumblr, Foursquare, Google Buzz, Loopt, Identi.ca dan banyak lagi seperti tidak kedengaran disebut.
Media Sosial Merapatkan Kerajaan dengan Rakyat?
Berapa rapat agaknya? Adakah diukur dengan bilangan Fan/ Follower? Atau berapa cepat respons diberikan? Adakah ini bermakna saluran kerajaan perlu beroperasi luar waktu pejabat dengan ada segelintir warga kerjanya sepanjang masa memantau akaun twitter dan fanpage facebook agensi masing-masing?
Apakah persediaan untuk menyertai arus web 2.0 ini ? Saya rasa ada banyak. Di antara yang saya dapat catat sepanjang seminar:
- Pembangunan garis panduan dan polisi yang jelas
- Strategi komunikasi, roadmap dan kajian impak perlaksanaan media sosial oleh organisasi yang berkenaan. Penggunaan media sosial harus dilihat sama ada relevan dengan teras perkhidmatan sesuatu agensi
- Standard Operating Procedure baru pengendalian maklumbalas awam menerusi media sosial
- Pengenalpastian kumpulan pegawai pengendali. Perlukah diwujudkan Jawatan Kuasa Memantau? atau diserap ke dalam sedia ada seperti ke dalam JPICT atau JK Tadbir Urus Laman Web/Portal?
- Pengenalpastian jenis/ peringkat maklumat dan bentuk perkhidmatan yang boleh disediakan yang boleh disalurkan melalui media sosial
- Penyediaan latihan dan pemakluman hal-hal perundangan, hal keselamatan ict, etika, amalan terbaik kepada pihak yang terlibat yang mengendalikan akaun media sosial agensi.
Berdasarkan pemerhatian, majoriti peserta adalah daripada kalangan pegawai daripada skim sistem maklumat. Apabila berhadapan dengan isu komunikasi dengan orang awam, dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, maka perlaksanaannya memerlukan lebih ramai lagi lapisan pegawai dari pelbagai peringkat jawatan. Jika begini gayanya, tanpa pendekatan top-down, sukar juga hendak dilaksanakan. CIO agensi juga haruslah berwawasan jauh dengan mengepalai ataupun menyokong inisiatif penyertaan agensi masing-masing menggunakan media sosial ke arah Government 2.0. Jika tidak ia akan berakhir sebagai satu ‘hype’ dan retorik bual bicara transformasi kerajaan.
Kawal selia dan penguatkuasaan, itu adalah kekuatan kerajaan. Kerajaan mempunyai kekuatan mewujudkan pentadbiran dan pengurusan secara perundangan. Namun platform media sosial adalah lapangan yang wujud dalam radius Web 2.0: dunia tanpa sempadan yang masih dianggap grey area bagi penguatkuasa & pengamal undang-undang, dan blue ocean bagi si pencari peluang. Pemahaman tentang undang-undang cyber, impak dan risiko perlaksanaan media sosial sebagai saluran rasmi terhadap imej kerajaan mestilah menjadi keutamaan.
Saya lebih suka mengambil langkah tunggu-dan-lihat, bersedia dengan saranan dan boleh menyumbangkan pelan tindakan jika ditanya. Lebih-lebih lagi saya hanya satu cip kecil daripada banyak komponen di dalam organisasi saya.
Bagi yang tidak berkesempatan menghadirinya, anda boleh memuat turun dokumen slaid di laman web Penganjur.
Artikel ini melihat perlaksanaan perkhidmatan Online kerajaan dari segi sejarah bermula dengan pewujudan MSC dan usaha-usaha kerajaan sehingga tahun 2010. Perbincangan adalah berkisar dengan kerangka 3 elemen di dalam National IT Agenda (NITA) yang menjelaskan hubungkait elemen insan (People), infostruktur (Infostructure) dan aplikasi (Applications) yang boleh menerangkan senario perlaksanaan perkhidmatan online kerajaan sekarang. Beberapa perkhidmatan [...]
Artikel ini melihat perlaksanaan perkhidmatan Online kerajaan dari segi sejarah bermula dengan pewujudan MSC dan usaha-usaha kerajaan sehingga tahun 2010. Perbincangan adalah berkisar dengan kerangka 3 elemen di dalam National IT Agenda (NITA) yang menjelaskan hubungkait elemen insan (People), infostruktur (Infostructure) dan aplikasi (Applications) yang boleh menerangkan senario perlaksanaan perkhidmatan online kerajaan sekarang. Beberapa perkhidmatan Online kerajaan yang popular diketengahkan disamping pengenalpastian contoh amalan terbaik pihak swasta sebagai titik penanda arasan perkhidmatan elektronik yang diterima oleh rakyat. Turut disentuh adalah trend aplikasi yang popular :- i. memberi impak terhadap kewangan ii. berkaitan pendidikan. Seterusnya 4 langkah-langkah penambahbaikan dicadangkan. Artikel ini diubahsuai daripada dokumen yang dihantar untuk penilaian kompetensi generik saya dan diterbitkan di sini untuk rujukan. Sayang jika sesuatu penulisan telah dirangka dan ditulis dengan panjang lebar tetapi hanya dibaca oleh si penilai PTK tanpa memberi manfaat kepada orang lain.
Semoga kali ni dapat hadir. Sudah RSVP.
Selanjutnya mengenai acara ini di laman web MAMPU dan MSC Malaysia.
Insya Allah Tun Mahathir akan berucap. Harapannya begitu.
Semoga kali ni dapat hadir. Sudah RSVP.
Selanjutnya mengenai acara ini di laman web MAMPU dan MSC Malaysia.
Insya Allah Tun Mahathir akan berucap. Harapannya begitu.
What I'm Doing...
- Do we hv to put up don't pee here sign at ablution spot? My dad just told a non muslim 2 pee elsewhere. Happened at air keroh jejantas rnr 1 week ago
- Need hspa badly. Most website not working on EDGE. Want to use Online banking. 1 week ago
- Pegi pasar melayu bp cari songkok. Kedai Tukang jahit songkok tutup/dh x niaga. Terigt zaman kecik2 dgn family. 1 week ago
- thrown out at least 15 garbage bags today. expecting 3 more tomorrow . bila nak siap kemas ni. 2 weeks ago
- Ex-members of sa7, duit syiling sepah2 yg saya kutip dlm umah n baki duit tabung/jumpa umah saya salurkan ke surau atas nama kita semua. 2 weeks ago
- More updates...
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools
Tags
2.2 6 thinking hats 2009 2010 advertisement aleenns blog ipod cable car cake celcom chain of command creativity edward de bono fitness floss IKWAS INTAN ipod touch jangan langgar belakang kemalangan jalan raya KPKK langkawi lateral managing stress mat chinchang maxis mdec media sosial mother's day msc mygosscon osconf pf public service red hat Sepi the movie sleep snow leopard Team Building thinking transformasi kerajaan travelogue updates wordpress xservefitness blog
Recent Comments
- shahira on Langkawi 3 hari 2 malam
- shy on berhati-hati di jalan raya jangan langgar belakang
- chef jemput jemput on Yang Mendengar Bisikan Jiwa
- saifulbahari on Yang Mendengar Bisikan Jiwa
- chef jemput jemput on Yang Mendengar Bisikan Jiwa
Archives
- July 2011
- June 2011
- April 2011
- March 2011
- January 2011
- December 2010
- November 2010
- October 2010
- September 2010
- July 2010
- June 2010
- May 2010
- March 2010
- January 2010
- December 2009
- November 2009
- October 2009
- September 2009
- August 2009
- July 2009
- June 2009
- May 2009
- March 2009
- January 2009
- November 2008
- October 2008
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008




















