saiful bahari » office

lagu pagi yg saya amat suka
Tak jumpa pula versi allahyarham ustaz asri

Tawakkal kepada Illahi

Terutama mengenai rezeki

Tanpa ragu-ragu

Walaupun sedikit

Ada jaminan pembelaan darinya

Bila taqwa pakaian kita

Urusan kita dimudahkan

Kerana kita sudah, menjadi Ahlillah

Begitu indah hidup bersama Tuhan

demi masa
Teringat dahulu semasa  bersekolah agama (di johor semua orang bersekolah agama selain hadir ke sekolah kebangsaan), ada aktiviti perujian tilawah al-alquran  disertai dengan perujian berzanji, hafazan, dan tafsir.

Dalam tafsir, surah kegemaran peserta adalah surah al-asr, dengan peringatan 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Berakhir tahun masihi 2010, esok adalah 2011.

Mimbar Khutbah Jumaat di sini tadi menegur sambutan ambang tahun baru.

Insya Allah saya duduk di rumah sahaja malam ini.

Esok harus ke pejabat. Sistem di perluaskan ke lokasi baru. Atas dasar tanggungjawab nampaknya kena memantau perlaksanaan.

Kadangkala sewaktu menjalankan amanah ini, timbul rasa keseorangan dan lemah kerana tiada penolong dan tempat mengadu. Berkhidmat di bahagian ‘easy-target’,  mengajar diri ini ikhlas dan yakin bahawa Allahlah sebaik-baik penolong.

oh oemar bakri
Lewat petang Ahad, hati ini tergerak untuk menyelongkar Youtube mencari lagu Iwan Fals. Pertama kali diperkenalkan dengan karyanya oleh Denni Kurniawan teman kuliah di fakulti. Rasa sedikit kesal koleksi lagu-lagu beliau telah gagal saya selamatkan dalam Powerbook yang telah bersara.

Rangkap yg saya suka:

busyit (bullshit)

standing dan terbang

Oemar Bakri

Pegawai Negeri

Oemar Bakri

40 tahun mengabdi

Oemar Bakri

Jadi Guru Jujur Berbakti

Memang Makan Hati

Oemar Bakri

Banyak Ciptakan Menteri

Oemar Bakri

Prof. , Dr. , Ir. Pun jadi

Oemar Bakri

Bikin otak orang seperti otak Habibie (B.J Habibie)

Tetapi mengapa gaji guru Oemar Bakri seperti dikembiri

Menurut Denni, gaji guru di Indonesia adalah kecil, sesuai dgn. jolokan bagai lilin membakar diri diberi kepada pendidik itu. Iwan Fals pantas menterjemahnya ke dalam lagu sindiran ini.

<object width="480" height="385"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/rrZw0gPR4vE?fs=1&hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/rrZw0gPR4vE?fs=1&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="385"></embed></object>

Lagu lain yg best: Tikus Kantor .

Lagu ttg tikus-tikus yang tetap kenyang, bila kuching datang, tikus menghilang. DALAM MAKSUDNYA.

Respon Rakyat dan Perlunya Peningkatan Perkhidmatan Online Kerajaan Secara Berterusan
Artikel ini melihat perlaksanaan perkhidmatan Online kerajaan dari segi sejarah bermula dengan pewujudan MSC dan usaha-usaha kerajaan sehingga tahun 2010. Perbincangan adalah berkisar dengan kerangka 3 elemen di dalam National IT Agenda (NITA) yang menjelaskan hubungkait elemen insan (People), infostruktur (Infostructure) dan aplikasi (Applications) yang boleh menerangkan senario perlaksanaan perkhidmatan online kerajaan sekarang. Beberapa perkhidmatan Online kerajaan yang popular diketengahkan disamping pengenalpastian contoh amalan terbaik pihak swasta sebagai titik penanda arasan perkhidmatan elektronik yang diterima oleh rakyat. Turut disentuh adalah trend aplikasi yang popular :- i. memberi impak terhadap kewangan ii. berkaitan pendidikan. Seterusnya 4 langkah-langkah penambahbaikan dicadangkan. Artikel ini diubahsuai daripada dokumen yang dihantar untuk penilaian kompetensi generik saya dan diterbitkan di sini untuk rujukan. Sayang jika sesuatu penulisan telah dirangka dan ditulis dengan panjang lebar tetapi hanya dibaca oleh si penilai PTK tanpa memberi manfaat kepada orang lain.

1.0 LATAR BELAKANG

Pada tahun 1996, Projek Korridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor  Malaysia – MSC Malaysia) telah diwujudkan dengan tujuan mentransformasikan negara ini kepada sebuah negara hub bagi ICT, inovasi multimedia, operasi dan perkhidmatan sekaligus mengubah Malaysia ke arah Negara berekonomi berasaskan pengetahuan selaras dengan Wawasan 2020.

Sebanyak 7 aplikasi perdana telah diperkenal bagi mencorakkan persekitaran MSC iaitu:

1.	Kerajaan Elektronik

2.	Kad Pintar Pelbagai-guna

3.	Sekolah Pintar

4.	Telekesihatan

5.	Kumpulan R&D

6.	e-Perniagaan

7.	 Pembangunan Usahawan Teknologi

Pada tahun yang sama, Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan telah diperkenalkan yang turut menggariskan 5 perkara kritikal bagi membolehkan kelangsungan Negara ke arah dunia elektronik iaitu:

1.	E-Komuniti

2.	E-Perkhidmatan Awam

3.	E-Pembelajaran

4.	E-Ekonomi

5.	E-Kedaulatan (Sovereignity)

Manakala di dalam Kerangka Teknologi Maklumat Kebangsaan (National IT Framework – NITF) telah dinyatakan keperluan menyatukan sinergi strategik 3 elemen penting iaitu Insan, Infostruktur dan Aplikasi yang berperanan selaku faktor utama perlaksanaan Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan.

Dari sudut Infostruktur, pelbagai pelan pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan komunikasi maklumat setanding negara-negara maju. Misalnya, pelbagai teknologi komunikasi terkini telah dibawa masuk dan ditawarkan kepada rakyat di bawah inisiatif kerajaan dan swasta.

Terkini, Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiative), telah dilancarkan bagi memastikan pendedahan dan penggunaan jalur lebar oleh 50% isi rumah di Malaysia menjelang akhir 2010. Manakala pengisian bagi infostruktur baru ini disasarkan dapat dipenuhi dengan kandungan tempatan menerusi projek Integrated Content Development Program (ICON). Projek ICON pada dasarnya telah diciptakan agar dapat memberi peluang kepada rakyat untuk memperkayakan kandungan tempatan di Internet, dengan tumpuan kepada penggilapan industri kreatif tempatan dan pembangunan pengisian bercitarasa Malaysia. Projek ICON dipelopori oleh MDeC bagi sektor persendirian/swasta manakala di pihak Kerajaan tanggungjawab ini dilaksanakan oleh MAMPU.

Dengan adanya penyediaan infostruktur yang mapan, banyak perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan secara online kepada rakyat. Sebagai contoh, menerusi portal myGovernment, gerbang tunggal kepada maklumat dan perkhidmatan agensi Kerajaan Malaysia dan projek Greater KL: eKL, pelbagai perkhidmatan online baru telah diperkenalkan bagi memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan. Di antaranya teleHealth, mySMS, myBayar dan myForms.

Selain itu, pelbagai dasar, garis panduan dan amalan terbaik diwujudkan di peringkat agensi-agensi kerajaan seperti Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) yang diperkenalkan pada 2002, yang memungkinkan integrasi dan interoperasi di antara data pelanggan (rakyat) yang disimpan oleh agensi-agensi kerajaan.

DDSA membolehkan perkongsian maklumat dan operasi rujukan silang pengesahan, pencarian data pelanggan ke serata agensi sekaligus meminimumkan proses kerja aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan. Rakyat pula menikmati faedah melaksanakan urusan online tanpa perlu berkunjung ke perkhidmatan kaunter/laman web yang berbeza untuk menyempurnakan sesuatu urusan rasmi.

Pengenalan identiti rujukan tunggal bagi semua aplikasi online pula memudahkan rakyat berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan dengan hanya menyediakan nombor kad pengenalan MyKad ataupun nombor  pengenalan entiti perniagaan yang dikenali sebagai MyID dan MyCoID. Mulai 1 Julai 2010, rujukan nombor tunggal telah dilaksanakan bagi lima agensi, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Seterusnya semua agensi lain akan menggunakan nombor rujukan ini secara berperingkat-peringkat. Usaha-usaha yang digembleng secara berterusan ini membolehkan perkhidmatan online kerajaan beroperasi secara Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian (No Wrong Door Policy).

2.0 RESPON RAKYAT TERHADAP PERKHIDMATAN ONLINE KERAJAAN

Tatkala berkunjung ke laman web/portal kerajaan, pengunjung dapat melihat bilangan transaksi perkhidmatan online yang telah dilaksanakan di laman web/portal tersebut. Sebagai contoh, di Portal JobsMalaysia, seramai 205,541 pencari kerja baru telah mendaftar sehingga Oktober 2010. Manakala bagi tahun 2009 seramai 305,682 pencari kerja baru telah menggunakan perkhidmatan JobsMalaysia bagi mencari pekerjaan. Perkhidmatan online Suruhanjaya Perkhdimatan Awam pula berjaya mengendalikan 6,817,677 transaksi (sehingga Oktober 2010).

Aplikasi Online e-Filing merupakan diantara perkhidmatan online kerajaan yang berjaya kerana mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat. Aplikasi E-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah kaedah penghantaran Borang Penyata Cukai Pendapatan elektronik melalui Internet yang disediakan secara percuma. Aplikasi ini telah diperkenalkan di dalam Tahun 2003 untuk pembayar cukai Korporat dan seterusnya kepada pembayar cukai individu di dalam tahun 2004.  Penggunaan e-Filing telah memberikan impak yang besar terhadap kecekapan LHDNM selaras dengan objektifnya melaksanakan sistem pengurusan percukaian yang berkesan, adil dan saksama.

Walau bagaimanapun, penggunaan perkhidmatan online kerajaan masih ditahap yang rendah jika dibandingkan dengan kadar penggunaan perkhidmatan online yang disediakan oleh sektor swasta. Perkhidmatan perbankan online Maybank2u.com misalnya adalah satu penanda aras terbaik kejayaan penghijrahan daripada satu sistem berasaskan kaunter kepada sistem online. Laman web tersebut menduduki diantara tangga tertinggi laman web yang sering dikunjungi oleh rakyat di negara ini berbanding laman web lain.

Bagi mempercepat perkembangan perkhidmatan online khususnya di kawasan Lembah Klang, Inisiatif eKL diperkenalkan di bawah RMKe-9 untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan dimulai dengan kawasan Lembah Klang yang berobjektifkan Satu Kerajaan Banyak Agensi, no wrong door, perkhidmatan interaktif online secara end-to-end (24 jam x 365 hari setahun), perkongsian maklumat dan perkhidmatan ke arah meningkatkan daya saing negara.

Projek ini melibatkan pembangunan satu sistem antara muka yang dipanggil MyGovXchange bagi membolehkan pelaksanaan transaksi perkhidmatan merentasi agensi kerajaan dengan menggunakan Portal myGovernment sebagai front end single window dan pusat setempat perkhidmatan eSerahan dan eBayaran. Sebagai tambahan projek Gerbang SMS Kerajaan mySMS dibangunkan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.  (Sila lihat Lampiran I dan II untuk maklumat penggunaannya)

Menyedari kekangan akses rakyat terhadap kemudahan internet, dan nisbah penggunaan telefon bimbit yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia berbanding pemilikan sebuah komputer bagi seisi rumah, Projek mySMS membolehkan perkhidmatan kerajaan dicapai menerusi platform mobile yang dikenali dengan M-Government. Objektif mySMS di antaranya:

•	Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan;

•	Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama; dan

•	Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.

Salah satu daripada bidang yang dikenalpasti di bawah National Key Economic Areas (NKEA), iaitu Infrastruktur Kandungan Komunikasi (Communications Content and Infrastructure – CCI) didapati menyumbang kira-kira RM22 billion pada tahun 2009 menerusi aktiviti telekomunikasi, penyiaran tv dan juga penghantaran pos dan kurier. Berdasarkan perspektif ini, didapati penglibatan pengguna dan industri adalah amat memberangsangkan bagi sektor tersebut.

Keperluan rakyat, bermula dari spektrum pengguna orang persendirian kepada entiti perniagaan, mendesak pembekalan maklumat terkini ke hujung jari sama ada berasaskan maklumat perniagaan ataupun hiburan. Komunikasi data telah mengubah cara hidup rakyat menerusi evolusi teknologi mampu milik dalam bentuk telefon pintar, netbook, dan sebagainya.

Jika diteliti, wujudnya persekitaran semasa yang membolehkan komunikasi tanpa wayar, akses kepada internet berkelajuan tinggi, kecepatan tempoh transaksi, pergantungan (reliability) entiti perniagaan atau ketagihan rakyat terhadap sambungan pada kadar 365/7/24 membayangkan perkhidmatan online khususnya yang disediakan kerajaanmemudahkan penerimaan cara baru  penawaran perkhidmatan kepada rakyat dan pemangkin meningkatkan daya saing negara ke dalam persaingan global.

Walaupun permintaan rakyat (elemen Insan) terhadap perlaksanaan perkhidmatan online kerajaan belum menunjukkan peningkatan yang tinggi, adalah wajar kerajaan bertindak memperluas dan mempertingkatkan kapasiti penyampaian perkhidmatan secara online secara berterusan. Indeks Daya Saing Negara merupakan ukuran yang berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia. Daya saing merupakan konsep perbandingan kebolehan dan keupayaan sesebuah Negara untuk membekalkan barangan/perkhidmatan. Ia juga merangkumi ukuran pendapatan hinggalah kepada kreativiti dan kebolehan inovatif yang menerangkan pencapaian ekonomi sesebuah negara berbanding negara yang lain. Di tempat ke-10, dengan 87.228 mata, Malaysia kini berada sepentas dengan Negara seperti Singapura, Hongkong, Amerika, Switzerland, Sweden, China, Kanada, Taiwan dan Norway. Peningkatan penggunaan perkhidmatan online bukan sahaja memberi kesan positif terhadap produktiviti malah memberi kesan terhadap ukuran kompetitif Negara.

Berdasarkan trend, penyertaan rakyat banyak bertumpu kepada perkhidmatan online yang memberi impak kewangan seperti e-Filing, JobsMalaysia, dan Semakan saman trafik. Selain itu, urusan pendidikan seperti semakan status permohonan ke pusat pengajian tinggi dan Latihan Khidmat Negara turut mendapat tempat. Trend ini boleh dilihat sebagai indikator dan kajian kes awalan kepada perancangan strategik jangka panjang penyediaan infostruktur yang mapan bagi menghadapi ledakan permintaan rakyat selaras dengan penyediaan aplikasi baru dan perubahan gaya hidup rakyat yang semakin hari semakin pantas menyesuaikan diri dalam dunia serba digital. Yang jelas, elemen Insan, Infostruktur dan Aplikasi adalah kritikal bagi memastikan NITA Malaysia mencapai matlamatnya.

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGUBAH PERSEPSI DAN MENINGKATKAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ONLINE KERAJAAN

Berikut merupakan 4 langkah bagi mengubah persepsi rakyat terhadap manfaat  perkhidmatan online Kerajaan  dan meningkatkan penggunaanya dikalangan rakyat.

3.1 Memperluas penembusan dan penerimaan perkhidmatan jalur lebar

Finland merupakan negara pertama di dunia menjadikan kemudahan internet jalur lebar sebagai hak warganegaranya, sama seperti hak akses kepada kemudahan utiliti air dan elektrik. Walaupun Finland sebuah negara yang kecil, dengan 96% daripada rakyatnya sudahpun melanggan perkhidmatan jalur lebar, langkah ini seharusnya dijadikan contoh memandangkan keperluan berhubung menerusi Internet bukan sahaja meliputi dari aspek komunikasi malah pendidikan, kesihatan, perniagaan dan banyak lagi. Berbalik kepada senario di Malaysia, dengan adanya Internet mampu milik seterusnya peningkatan celik IT dan pengecilan jurang digital, tidak mustahil penerimaan rakyat terhadap perkhidmatan online kerajaan akan meningkat kerana rakyat telah membiasakan diri dengan gaya hidup secara online.

3.2 Mempergiat promosi bagi menggalakan penerimaan umum

Dewasa ini media massa kerap menayangkan manfaat yang diperoleh menerusi sambungan jalur lebar, disamping iklan perkhidmatan-perkhidmatan elektronik kerajaan. Usaha ini harus dipergiat dengan mengenalpasti kumpulan sasar perkhidmatan online kerajaan dan melaksanakan tumpuan promosi secara outreach yang lebih agresif seterusnya menggalakan pengiklanan dikalangan pengguna menerusi pemilihan jurucakap yang popular dalam masyarakat untuk mendekati pengguna bagi memasarkan ‘produk’ online kerajaan.

3.3 Menyediakan insentif, rebat penggunaan, anugerah

Pihak penyedia perkhidmatan online kerajaan perlu menyediakan insentif kepsda pengguna seperti pemberian rebat, diskaun dan juga potongan cukai terhadap pengguna yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan online. Promosi cabutan pelanggan bertuah, pemberian anugerah, hadiah pelanggan bilangan ke 100, 10,000, 1,000000 dan sebagainya boleh diperkenalkan untuk menggalakan pelanggan tertarik mencuba buat kali pertama perkhidmatan online seterusnya menggunakannya untuk urusniaga akan datang.

3.4 Melaksanakan program transisi perkhidmatan kaunter, pemansuhan borang manual

Melihat kepada kejayaan AirAsia mendidik para pelanggannya melakukan tempahan secara online bagi mendapat promosi tambang murah, sehinggalah ke saat daftar masuk menggunakan kios, SMS, dan web online, tidak mustahil perkhidmatan online kerajaan mendapat sambutan yang sama daripada rakyat. Kunci utama adalah bantuan secara ‘holding-hands’ diantara kakitangan barisan hadapan agensi kerajaan yang melaksanakan perkhidmatan online dan pelanggan pertama kalinya. Sedikit demi sedikit pengguna dapat merasai manfaat yang diperolehi dan transisi daripada borang manual kepada elektronik dapat dilakukan.

4.0 KESIMPULAN

Kerajaan selaku pembuat dasar dan organisasi terbesar dalam sebuah negara mestilah bersedia dengan pelbagai perkhidmatan inovatif bagi membantu rakyat menikmati kehidupan yang selesa. Perkhidmatan online adalah satu cara kerajaan merapati rakyat walaupun rakyat belum dapat menerimanya 100%. Selaras dengan kerangka Insan-Infostruktur dan Aplikasi, adalah diharapkan apabila rakyat telah mula menerima perkhidmatan online sebagai satu cara mendapatkan perkhidmatan pantas dan terbaik dari kerajaan, infostruktur yang telah disediakan sekian lama secara berterusan dapat memenuhi ekspektasi rakyat.

p.s Sila jangan plagiat karya ini. Rujukan akademik adalah dialu-alukan.

CM Seminar 2010 Media Sosial Merapatkan Penglibatan Rakyat dengan Kerajaan
Semoga kali ni dapat hadir. Sudah RSVP.

Selanjutnya mengenai acara ini di laman web MAMPU dan  MSC Malaysia.

Insya Allah Tun Mahathir akan berucap. Harapannya begitu.