Berada di Labuan dr 11-14 jan 2010. Tujuan: ada byk tapi hal kerja laaa, antaranya information collection and documentation on networking infrastructure requirements, contact local TM and revise and follow up on current  Internet Accounts, enable basic networking: switch installation and ethernet configuration, reconfigure broadband modem, enable VPN connection to HQ, test and deploy HRMIS and SPA connection. Phew a boring job to some. Did all the above at 4 locations in about 3 days. Balik bilik hotel around 9.00pm aku dh keletihan. Malaysia Timur get sunlight 1 hour before KL. So my body clock still not adjusted to the time difference.

Total baggage masa pegi 29kg (equipment jer total around RM7K worth), tak termasuk carry-luggage.

dikenali sebagai Mutiara Borneo (pearl of borneo) labuan terletak dibawah pentadbiran kerajaan persekutuan. Perkara yang menarik ttg labuan yang sempat ditemukan:

  1. 2 flights to labuan daily for both AirAsia and MAS
  2. boleh juga naik feri ke labuan, kalau mau bawa kereta dr tanah besar
  3. ada UMS cawangan Labuan
  4. hakisan pantai agak teruk juga dibeberapa kawasan di labuan, sepuluh tahun lagi mungkin ada certain kawasan yang akan jadi laut kalau tak dibina pemecah ombak, dan ditambak dgn konkrit
  5. penduduk tempatan terdiri drpd pelbagai etnik, ada yg dtg dr swak and sabah, spt kedayan, melayu brunei, cina dan india
  6. ramai pendatang tanpa izin di Labuan
  7. kg air ada di sini, lebih dari 1
  8. ramai orang kerja offshore spt oil dan gas and perkapalan
  9. Labuan slalu takde air, orang labuan salahkan petronas plant yang guna byk air hehehe
  10. waktu malam, angin yang menderu2 berbunyi macam siulan… hebat!
  11. newspapers are always late. My hotel subscribes Borneo Post. We only get our newspaper when we reached back from work. They said newspaper arrive from mainland around 11.am using the morning flight from KK
  12. Kalau di Labuan mesti cuba hidangan ketam, udang, dan chicken wing (tempat tak ingat, kena tanya driver semula)
  13. soto di labuan adalah seakan-akan meehon sup dan ada dipotongkan limau nipis
  14. teh madras popular di labuan
  15. arak boleh didapati di kafetaria hotel dan tidak diasingkan macam di semenanjung
  16. museums are labuan’s important landmarks (chimney, marine and labuan museum)
  17. bus di labuan kontot-kontot
  18. tiada panggung wayang, yang terakhir adalah Lido (zaman filem Sembilu dulu)
  19. labuan ada bowling alley yang pendek
  20. skrg musim tengkujuh di labuan
  21. siaran tv mengecewakan. orang labuan kebanyakkannya menggunakan Astro. tv1 takde, cuma terima RTB (brunei). Berita terkini adalah melalui internet.
  22. Celcom broadband ada liputan yang bagus.
  23. coklat murah (biasa laaa kan)
  24. flight petang LBU-KUL MAS adalah dpd KK.

Tq orang-orang Labuan for the wonderful experience especially our Labuan boss, and the trustee pilotman Bobby  yang membawak kitaorng ke hulu ke hilir.

Next week Monday start outstation at Melaka and then straight to Kota Tinggi. Khamis baru balik KL. Nasib baik trip next week ni yang buat kerja 2 orang, tak macam Labuan aku sensorang…

Hujan outside, takleh merempit gi gym. baru ingat nak jimat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tagged with: